Thursday, August 18, 2011

hijab - Lillahi Ta`ala

ramainya bertanya, "kenapa dia berubah" "serius kah" "adakah dia bergurau" namun gadis itu hanya tersenyum.. dia teringat kembali sewaktu awal ramadhan.. waktu hari pertama umat islam di seluruh dunia berpuasa. hampir setiap malam dia rasakan seperti malaikat maut ada di sebelahnya, menanti untuk merentap roh dari jasad. hampir setiap malam dia tidak dapat melelapkan mata, dia buntu. apakah yang berlaku, dia diamkan sahaja,. tidak bercerita pada sesiapa,. namun hampir setiap hari ada saja cerita mengenai "hijab" melintasi telinganya.. pernah suatu malam dia bermimpi dia memakai hijab. dia sangat keliru. pada malam ramadhan ke 6 dia berdoa agar malam ni, Allah s.w.t memberinya petunjuk,. dan malam itu dia bermimpi akan seorang rakannya tempat dia belajar dahulu. teman yang selalu menasihati tentang agama. apabila siang. dia membuka fb, dan terus pergi ke muka buku rakannya itu, dia amat tertarik dengan satu wall post kawannya yang berbunyi :
LELAKI yang SOLAT belum tentu baik..
Tapi LELAKI yang baik tentu akan solat :)

WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik..
Tapi WANITA yang baik sudah tentu bertudung :)

ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang..
Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa :)
malam ramadhan ke 7, dia berfikir, di renungnya syiling kamar tidurnya , syiling itu seperti mengejeknya.. dia terfikir, bila maut akan menjemputnya? adakah dia sempat berhijab sebelum dia mati? adakah sempat dia menghapuskan gambarnya yang tidak berhijab di dalam blog dan fb? adakah sempat? MAUT.. tak pernah lewat sesaat atau cepat sesaat. dia takut malam ini malaikat maut akan mengambil nyawanya, lalu di kirimkan satu meseg kepada abgnya, meseg mengandungi email dan pasword blognya. dia tak sanggup menanggung azab di akhirat jika dia sudah mati tetapi gambarnya yang tidak menutup aurat masih menjadi tatatpan lelaki bukan muhrim. mati.. bila2 saja ia akan menjemput kita. .. apabila siang,, dia memberitahu niat nya kepada kawan serumahnya tetang mahu berhijab. kawan rumahnya amat menyokongnya. dia amat gembira. 

itu cerita tentang penghijrahan seorang gadis,.cuma si gadis ingin meminta jika ada rakan2 yang mempunyai gambar si gadis ini tanpa hijab di fb atau blog, mohon padam. :). 

cerita ini bukan tujuan mahu mempersendakan sesiapa, hanya ingin berkongsi.  :) semoga ramadhan ini memberi 1000 keberkatan pada kita semua.