Susah kita nak fahamkan ibu bapa kita. Mereka mahukan kita jadi seperti yang mereka mahu. Tapi, kita punya impian tersendiri, Untuk pengetahuan umum.. (huwaaa poyo) aku sekarang ni sudah berjaya menghabiskan praktikal aku selama 4 bulan di RTM. Huwa! Azab! Bukan azab di RTM .. tapi di tutttttt.. ha.. tak boleh cakap.. nnti ada yang sentap! (nyampah) .. ok now. Aku kat kampung.. ye.. kat felda kota gelanggi 2, tempat yang jauh dari kebisingan kota, yang hanya Cuma unggas dan cengkerik di waktu malam.line broadband pun ala2 segan gitu nak kluar.. Aku dah officially duduk umah… sebelum ni.. aku tak pernah lekat rumah. Dalam setahun mungkin sebulan sekali je aku balik rumah.. so bilik aku dah jadi tempat stor simpan barang… bila aku balik .. aku tido merata.. semua bilik aku ketuk.. so kali ni. Mak bising… “hang kemaih bilik hang tu, sat g ayah p beli almari, hang buh baju dalam tu” ok2.. fine.. fine.. hahahha :P
Semalam aku berbual dengan mak depan TV.. ayah hanya mendengar…
Mak : lepaih ni hang nak buat apa?
Aku : adik dah hantar resume kat merata tempat. Tunggu depa panggei je la.
Mak : kalau tak panggei?
Aku : tanam anggur la… sampai transkrip sementara kuar bulan 11 ni
Mak : orang kawin tak panggei hang dah ka? (photographer)
Aku : panggei,depa dok call dah Tanya,bulan 11 ni dah penuh,bulan 10 ada 1,bulan 12 ada 1..
Ayah : orang mana?
Aku : merata la.. tapi yang paling jauh ujung bulan 11.. kat KL.
Mak : kalau hang tak dapat reja tetap.. hang sambung belajaq ja la
Aku : cemuih ah adik nak ngaji mak.
Mak : awat cemuih pulak. Bukan susah pun.
Aku : ………………………………………….
Ayah : kalau hang tak dapat reja dalam 1 tahun ni.. hang sambung je la master macam anak cik yam tu..
Aku : adik tak berani la nak janji kerja bagus2, pasai adik tak konvo lagi. Yang biasa2 buleh kot.
Ayah : nanti, p sambung lesen P kat jengka. Bukan mahai pun.
Aku : tu la dok pikiaq juga lagu tu.
Sumpah. Aku dah malas nak sambung belajar. Tak kan aku nak tua dengan buku. Huwaaaa..
.. orang lain semua tua dengan duit. Tapi aku tua dengan buku. aku bukan tak nak belajar.. nak.. cuma aku mahu rehat dari buku. aku nak bebas dari buku. buat sementara waktu...
