Monday, November 7, 2011

Perjalanan Hidup Baru Bermula..

malam 2hb november 2011.. aku resah... resah memikirkan diri yang sudah 1 bulan menganggur. tanpa bekerja.. ia memang aku ada side income.. sebagai juru gambar.. tapi ia tak cukup menjamin hidup aku.. tak kan selamanya nak harapkan duit mak bapak.. aku resah gila.. aku bukak semua laman sesawang kerja.. jobstreet,jobmalaysia and so on.. aku hantar resume aku dekat hampir 20 buah syarikat.. aku tak kisah kerja apa2 pun.. kerani cabuk pun ok.. aku tak kisah.. ada orang cakap "kenapa tak cari kerja sama dengan bidang yang kau belajar di universiti" ,. pada aku.. kalau nak tunggu kerja yang sesuai.. mau beruban.. zaman sekarang ni graduan tak boleh memilih... yang mana ada kita sapu dahulu.. lepas tu baru rancang kehidupan yang seterusnya.. 


malam tu aku.. tawakkal.. berharap.. esok aku bangun pagi.. ada email baru atau panggilan telefon buat aku...pagi tu aku kebetulan belajar memandu.. sedang nak buat bukit.. telefon berbunyi.. sempat aku menjeling.. no tertera.. sangat aneh.. ya itu no opis.. tanpa menghiraukan cikgu din yang sedang jerit pada aku supaya menekan minyak dan menekan clush dengan betul, aku berhenti tepi dan menjawab panggilan itu.

Alhamdulillah..aku dapat kerja tu... seronok.. seperti rasa nak berlari tengah jalan sambil berkaki ayam... dan selepas dapat job tu.. aku kongsi ngn kawan2 aku yang lain.. aku ajak mereka.. mana yang dekat mahupun yang jauh.. kot2 la mereka berminat nak kerja sama.. :) 


naik muak aku cari bilik sewa... gila penat.. susah mau cari rumah dekat area bangsar... tapi akhirnya ketemu... :) ayah bilang jangan cari bilik share ngn org lain... coz.. kita tak boleh percaya sesiapa.. so aku cari lah bilik sorang2.. thank God... aku jumpa.


14hb ni start kerja.. 12hb aku berangkat ke sana.. :)  membuat 1 langkah baru.. dan aku mohon di rahmatiNya :)






arnab