Assalamualaikum, hai apa khabar semua.. rasa mcam dah lama tak update belog... kehidupan aku pada tahun 2012 amat lah berbeza sekali.. kalau dulu semua makan,pakai disediakan oleh mak.. turun je dapur .. nasi + lauk semua ada.. baju semua tersedia dalam almari.. untungnya jadi anak bongsu.. namun kini aku berjauhan.. berbeda sekali sewaktu tinggal dirumah sewa sewaktu praktikal di RTM.. ye la.. tinggal dengan kawan2 yang kita dah kenal hati budinya.. tapi kini waktu kerja.. aku tinggal dengan 2 orang kakak yang baru aku kenal.. yang aku jarang jumpa.. sebab mereka berdua kerja opis hour.. aku pulak kerja shift.. rumah kami ada 3 bilik.. jadi sorang 1.. sekarang kat KL dah tak dek siapa.. maksud aku dah tak dek adik beradik lain.. kak ina dah pindah perak. kalau aku susah atau sesak.. aku cari mamik cdot.. dia je yang selalu ada untuk aku .. aku cuma nak cerita tentang hidup di perantauan..jauh dari mak bapak.. for those yang tahu masak.. mungkin tak dek masalah.. aku muak kalau 2 bulan berturut2 makan kedai.. jadi aku google resepi dan beli barang.. benar kata orang.. masakan ibu adalah yang terbaik, tak mampu aku masak kari sesedap emak.. rindu nak makan kari emak.. first time cubaan memasak kari: result : hancur.. santan lebih.. mana tak nya 1 kotak aku letak.. padahal periuk kecik je.. lepas tu aku msak pulak ayam masak kicap... result: 80% berjaya.. hehehe.. happy... then setiap kali msak .aku masak ayam msak kicap je.. hahah.. aku dah tak berani nak cuba resepi lain. kehidupan seharian aku untuk bulan 1 ni:(shift akan bertukar tiap2 bulan)
shift pagi : cuti : ahad dan isnin :) (teRIMA kasih bos.. saya memag suka cuti hari ahad.. sebab nak tengok MELODI hahahah)
5am : bangun pagi
5.45 am: on the way pegi kerja
6.15 am: masuk kerja
.
.
4.00 pm : balik kerja..
4.30 pm : sampai umah..
pastu kalau dah sampai rumah ,. komfirm aku rehat dan mungkin tertido...
dan bangun pukul 5 semula..
soal makan + tido semua dah tunggang langgang.. inilah dinamakan kehidupan.. mula2 nak menapak dalam hidup memang payah.. mujur aku belum berkahwin. kalau tak komfirm laki aku cari lain.. mujur kat rumah tk ade tekanan.. aku punya ketenangan yang cukup.. Alhamdulillah.. syukur :)
